Followers

Sunday 28 June 2009

BELAJARLAH.....


" Smlm msk exam dgn hrpkan lulus je. alhmd, bl buat ok sket. lbh sket kot. besa la jd ahli peselam ( prsatuan study last mnt ), nk kata pa....."


Aku tersenyum membaca sms 'Ammar pada umminya tika menghadapi exam baru-baru ini. Aku kenal benar mujahid muda ini. Daya tumpuannya memang amat luar biasa sejak kecil lagi. Terimbas kembali masa aku mengajarnya....aku tak perlu banyak bahan atau teknik untuk mencurahkan ilmu padanya. Bagilah dengan apa teknik sekalipun , 'Ammar tetap menyimpannya dengan baik dalam ' stor' ingatannya. Matanya tak pernah berkerdip , kepalanya tak pernah berpaling arah tatkala belajar. 'Apa itu ,apa itu ?' Suara manjanya yang penuh dengan rasa ingin tahu terngiang-ngiang di telingaku.

Kenangan aku bersama 'Ammar tidaklah selama mana seperti sahabat-sahabat remajanya tapi nostalgia yang penuh bermakna ini memang tidak dapatku lupakan. Bila berita pemergiannya ku terima pada pagi itu....tak berputus arus keletah masa kecilnya segar bermain di ruang mataku. Ya..lah , hanya kenangan masa kecilnya yang terabadi dalam diari ingatanku. Namun begitu , 'Ammar yang remaja dan dewasa tetap tergambar....... aku terharu sekali ! Begitu cepat 'Ammar pergi.




'Ammar tidak pernah jemu dengan apa saja! !! Buku , lasy , gelunsur , melompat , melantun atas trampolin , meniti di atas tayar....adalah rutin 'Ammar di taman didikanku. Kawan-kawan lain akan keriangan, terhibur menyertainya . ' Ammar tetap menjadi
leader tanpa dilantik. Saban hari ada-ada sajalah aktiviti dan ideanya. Tengoklah tu....apalah yang menarik perhatian kawan-kawannya hingga begitu khusyuk........( detik yang sempat aku rakamkan belasan tahun yang lalu ). Tak sangka , ianya menjadi perkongsian bersama pada hari ini.


Bagi 'Ammar alam sekeliling amat meransang
naluri ingin tahunya....'Ammar sentiasa belajar. Bila belajar 'Ammar mengajar. 'Ammar tidak simpan ilmu untuk sendiri. 'Ammar tidak lokek berkongsi dan membimbing . Itu kunci 'Ammar pandai. Jadi ingat , siapa nak pandai jaaaangaannnn kedekut ilmu!!!!!


Aku menyusuri kata-kata rasulullah s.a.w.......
Inilah konsep belajar......

" Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang , apabila mereka mencapai usia tujuh tahun dan pukullah mereka untuk mengerjakan sembahyang apabila mereka mencapai usia sepuluh tahun serta pisahkan di antara mereka di tempat tidur."


Pakar motivasi berkata ..." Anak-anak mesti diperingatkan sebanyak 200 kali , barulah masuk kefahamannya." Rasullullah s.a.w pula telah berkata hendaklah anak-anak dibimbing tiga tahun ( tujuh hingga sepuluh tahun ); maknanya seribu hari malah lebih seribu kali dalam membentuk ' peribadi mendirikan solat'. Umur tujuh tahun 'disuruh' , bermakna sebelum tujuh tahun mestilah diajar. Beginilah kemasnya cara rasullullah mendidik. Maka belajarlah...... Orang yang belajar akan jumpa apa yang dicarinya.

Namun dalam mencapai suruh ' lebih seribu ' kali ini ..... sebenarnya ; pemahaman hadis ini boleh diperluaskan lagi. Dalam membentuk ' Keperibadian ' ...kita sebenarnya ingin menggapai tangan-tangan soleh -solehah di sekeliling kita agar dapat saling menggalas dan menyokong ' amanah rasul ' ini supaya terhasil jaya yang diimpikan . Rumah , sekolah , masyarakat dan negara menghala ' suruh ' yang satu.


Siapakah yang akan membentuk ' tangan-tangan soleh-solehah itu' ?

Tangan-tangan ini akan terbentuk dengan sistem. Apakah sistem yang istimewa itu ? Bagaimana membentuk ataupun kembali kepada sistem tersebut ? Inilah tugas kita para daei....kembali menelusuri pendidikan tarbawi yang dibawa oleh rasullullah. Semuanya tercerita dalam Al Quran dan Sunnah baginda...matair yang tidak pernah kering. Jadi , belajarlah.......


Api semangat belajar telah disemarakkan kembali oleh Mujahid Muda 'Ammar. Hingga ke saat akhir pemergiaannya pun 'Ammar terus dalam usaha menyemarakkan sahabat-sahabatnya belajar..... Aku tahu , wahai sahabat-sahabat 'Ammar .....kalian tetap akan meneruskan perjuangan 'Ammar...pahatlah kata-kata ummu 'Ammar...." teruskanlah perjuangan 'Ammar".
Ayuhhhhh semua!!!!!......


ikuti entri seterusnya.....

sms dari Ir. Ahmad Jais (IKIM )
lawatilah: ikimfm.pusratu.com.









4 comments:

imran-md said...

Betul....
Ammar x pernah kedekut ilmu...
Ammar juga seorang yg x pernah "hasad" kpd org yg menuntut ilmu..

Hasad yg saya maksudkan adalah dia x pernah "discourage" kawan2 yg rajin studi dgn kata2 yg melemahkan ataupun suka nikmat yg ada apa org lain hilang...

Dia x pernah begitu...
hatinya bersih...
krn hatinya yg bersih itulah, Allah buka segala pintu ilmu n kefahaman kpdny...

Inilah kelebihan yg ada padany..


1 lg, Ammar d Mesir dia sibuk dgn byk benda...
Dia penat setiap hari...
Kerja dakwah n tarbiyah, dialah penggerak..
Risalah2 tarbawi dialah yg hasilkan...
Dia ketua batch Univ Cairo...
Dan yg terakhir dia Pengarah kpd program rehlah utk mengeratkan smula silaturrahim d kalangan batchny yg renggang akibat beberapa "isu"...

Allah izin dia meninggal dlm perjalanan pulang dari tempat yg dia survey utk program tu..

Allah lbh myayanginya.............

miz said...

Itulah jasanya 'ammar utk sahabat2 yg ditglkan.
'Ammar mahu shbt2nya terus bljr dan bjuang.....
semeja mkn mlm dgn ank mk cik, Juwairiyyah Gen11 sebntar tadi...bceta psl imran...
Mk cik kagum dgn ank2 matri y talinya diikt dgn ukhwah fillah. semua ni xde pd skolah2 lain.

Ummu Arwah 'Ammar said...

Alhamdullilah,

Beliau begitu di puji-puji oleh ramai shbt, kawan2, jiran2 dan ramai lagi....

Tak henti-henti menaggis membaca disini kerana bangga ana adalah seorang ibu yang melahir anak seorang mujahid syukur Alhamdullilah, tapi sedih dan amat rindu sangat padanya.

ALHAMDULLILAH

miz said...

biar pun 'ammar tlh lama jauh dari sisi n pemergiaannya merindukan ana pdnya. Rindu y tiada pghjungnya. inikn ibu y mlahirkan n mbelai dia sjk dlm kndungan. ana jg menangis mbaca blog kwn2nya. smue org mrasai khilangan 'ammar. Ana jg bangga dgn 'ammar. ana bkunjung k kalam pncak tuk meredakan rindu. Tulisan bondanya menyapa rindu ana. teruslah menulis. hidupkan pjuangn 'ammar.