Followers

Saturday 13 June 2009

TERMAKBULLAH KINI.....(' Ammar )




Termakbul sudah doa-doa kita sejak mujahid ' Ammar kecil dulu. Lantaran keletahnya yang sentiasa mendebarkan hati-hati kita masa kecilnya, kita sering memanggilnya ' Mujahid '. Panggilan yang sering basah di bibir barakah ummu 'Ammar dan rakan taulan. Ku tahu, deraian airmatamu.....wahai ummu 'Ammar ' adalah mutiara jernih yang diruangi rasa bahagia dan bangga serta puas. Puas kerana kau telah menjalankan sepenuh jiwa ragamu akan ' titipan Allah ' ini dengan penuh
amanah.
Sungguhnya ,aku rasa bangga dan teramat bertuah dapat berkongsi kasih dengan 'Ammar ketika mujahid ini kecil dulu. Terima kasih kerana ummu 'Ammar percaya dan memilih aku antara insan yang membelai dan menanam ranting tarbiyah dalam perjalanan 'Ammar meraih syahidnya. Mujahid muda ini antara pelapis terawal yang menghiasi taman didikan Elit Sinarjaya yang kubangunkan sembilan belas tahun yang lalu.
( dulu dikenali Child Excel , Kids Excel Kelantan).

Aku bangga seperti bangganya ummu 'Ammar. Wahai ummu 'Ammar,....kau telah berjaya berjual beli dengan Allah. Kau telah mendapat hasil pulangan yang paling lumayan! Pulangan yang tiada tandingannya di dunia ini.

Sesunnguhnya Allah membeli dari orang mukmin itu, jiwa-jiwa mereka dan harta mereka dengan (balasan ) bahwa mereka akan berolih syurga, ( disebabkan ) mereka berjuang pada jalan Allah ; maka (di antara ) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. Dan sebagai janji benar Allah dalam At Taurah dan Al Injil dan Al Quran. Dan barang siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu ialah kemenangan yang besar. At Taubah : 111

Aku yakin ummu 'Ammar gembiramu akan lebih bermakna apabila membaca berita gembira ini dari Allah. Mujahidmu telah mencapai kemenangan yang besar. Allah memberitakan kepadamu kemenangan yang besar. Inilah kecekalan dan kepasrahanmu , sahabatku.

'Ammar tersenyum tika kembali menemui kekasihnya yang menanti...bersama iringan curahan titisan hujan rahmat dari langit di subuh yang hening...ya..tika saat hadirnya mujahid muda ini ke dunia dulu...begitu jua saatnya 'Ammar disemadikan di pangkuan penciptaNya adalah detik yang sama.

Kata umminya , Ammar dilahirkan sebelum menjelang subuh , iaitu waktu gigihnya 'singa malam ' berjuang berjalan , berlari kepada Allah. Tika insan lain makin enak menarik selimut , tika itulah ummu Ammar berjuang melahirkan daei mutiara keluarga dan Islam dari rahimnya.

'Ammar hanya pergi bersama jasadnya tapi gigih jiwa daeinya tetap bersemadi menyusuri
perjuangan ini. " Ummi tahu sajala...' Ammar ni kan daei. Mana boleh lama-lama di rumah.
'Ammar kenalah ke sana dan sini...menjalankan amanah ini.' Itulah perkongsian ummu 'Ammar ketika aku berkunjung ke rumahnya kelmarin. Apa tidaknya , cuti pengajiannya di Mesir adalah selama tiga bulan tetapi 'Ammar cuma berada di rumah hanya sebulan. 'Ammar pulang bercuti semasa meraikan kemenangan Ramadhan yang lalu iaitu Syawal yang Syahdu. Berhimpun bersama keluarga , sanak saudara dan rakan taulan.

" Ammar , cakapnya tak panjang berjela-jela tapi padat dan terus ke hati." Itulah keperibadiannya yang membanggakan umminya yang dapat kurasakan ketika sahabatku ini terus berkongsi rasa denganku. Aku akur sebab potensi inilah yang dapatku rasakan semasa menyemai ranting-ranting tarbiyah sepanjang bersamanya dulu. Seorang yang sering tersenyum. Hari-harinya penuh dengan penerokaan dan mencipta 'benda baru '. Tidak pernah jemu dan putus asa.

Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mempunyai akal. Orang-orang yang mereka berfikir akan Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan atas lambung-lambung mereka dan mereka bertafakur pada penciptaan langit-langit dan bumi.
Ali Imran : 190-191.

Inilah 'Ammar semasa kecil dulu dan aku melihatnya tetap begitu dalam blog ammruirfan. 'Ammar tidak lekang dengan kameranya. 'Ammar meneroka dan sentiasa menjana idea-idea baru! 'Ammar kreatif orangnya. Bertenaga dan gigih! ' Ammar memang tak duduk diam! Bertanya setiap yang ingin diketahuinya dari persekitaran .
Masya Allah , memori silam bersamanya terpapar pada skrin mindaku kini.....

Betapa aku mesti membuat persiapan ' lesson plan' yang rapi untuk mencurahkan apa yang di minda dan di hatiku. Aku gigih menyusun ' laluan trafikku ' samada laluan fizikal mahupun laluan emosi setiap kali menyampaikan bahan didikan. Aku kena pastikan tiada sahabatnya yang lain menangis lantaran keletah Ammar, terutamanya anakku Juwairiyyah. Aku tersenyum dengan keletahnya yang menghiburkan dan mencemaskan. Begitulah Ammar mendidik aku ketika aku diserahkan oleh umminya untuk mendidik Mujahid yang telah terserlah potensi sejak kecil lagi. Daya tumpuannya memang amat luar biasa. Tidak ramai yang memiliki keupayaan ini.



" Juwairiyyah , mak cik minta maaf banyak-banyak sebab masa kecil-kecil dulu 'Ammar suka usik Juwairiyyah sampai nangis, 'Ammar baling beg duit Juwairiyyah dalam hutan!" Bukan mengusik namanya tu tapi itulah teknik 'Ammar berdakwah! Ya, 'Ammar menggunakan 'leadership skillnya sejak kecil lagi . Ya.. sebagai
persiapannya menjalankan tugas khalifah di bumi ini. Ummu 'Ammar terus menyelongkar memori bersama 'Ammar dalam galeri mindanya . Aku hanyut dengan patah-patah kata yang dilontarkan dari bibir bangga ummu Mujahid ini.



Begitulah mujahid ini sering mencuit rasa kami. Mujahid ini sangat pandai bermain dengan emosi sejak kecil lagi. ' Ammar bukan saja meneroka dengan fizikalnya tetapi dia mampu meneroka hingga ke pelusuk jiwa insan. Inilah yang diakui umminya , ' Ammar cakapnya terus menawan hati dan meransang kita berfikir. Memang daya pengamatannya menembusi ruang fizikal alam maya ini. 'Ammar melihat Allah di mana-mana saja!




" 'Ammar pandai masak! Nasi gorengnya sedap! 'Ammar masak sayur goreng berencah ayam! " Ummu 'Ammar menceritakan kepadaku percutian yang lalu 'Ammar mengambil alih tugasnya di dapur kerana agak lewat pulang dari pejabat pada petang tersebut.
Hati umminya berbunga dek kebahagian dan keriangan ! Mujahidnya ini mewarisi bakat abah dan umminya yang pandai memasak. Abahnya memang rajin ke dapur.


'Aduhai...inilah ' Al amwal' (harta ) yang tertangguh buat ummu dan abu 'Ammar. Kalian akan kecapi hasilan ini di syurga nanti. Kalian telah perolehi tuaian yang pasti , wahai sahabatku. Sempat kubusikkan pada sahabatku ini di penghujung ziarahku kelmarin. Insya Allah dengan KEMENANGAN ini ....pasti akan lahir lagi 'Ammar yang kedua dari taman kalian. Aku mendoakan
untuk sahabatku ini .
Wahai insan...keperibadian Mujahid muda ni adalah bermula dengan jerih payah umi dan abahnya. Mereka begitu komited dengan pengertian dakwah. Mereka begitu teliti dalam memilih tempat untuk diserahkan anak mereka 'disentuh' semasa mereka keluar mencari nafkah.



Begitu jua penerusan pendidikan dan pengajian. Hatta permainan sekali pun. Tahu 'Ammar suka main apa? 'Ammar suka main 'Lasy'. Itulah 'Ammar kreatif dan suka mencipta benda baru.
Sesunnguhnya tiada pendidikan yang sempurna melainkan dengan pendidikan Islam. Islam melahirkan insan seperti 'Ammar! Mujahid muda ini juga adalah inspirasi kepada perjuanganku untuk memertabatkan
kembali pendidikan Islam yang telah dicerobohi musuh-musuh Islam.



Ikuti entri seterusnya....'Bagaimana 'Ammar mendidikku................

























15 comments:

Unknown said...

begitu banyak tanda2 daie ..

dari kecilnya..
hingga ke besarnya..

moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas ammar..

amin..

nurhasheed said...

mashaAllah. subhanallah.

imran-md said...
This comment has been removed by the author.
imran-md said...

Ana sgt merasai pemergian arwah...
latar belakang pendidikan kami hampir sama...

SRI Aman -> MATRI ->DARUL QURAN ->MESIR (berlainan Universiti Tetapi kursus yg sama)...

Namun....Potensi dan kemampuan luar biasa yg di kurniakan oleh Allah SWT kpd arwah x akan mampu ana tandingi walau ana mengorbankan seluruh khidupan ana utk mengatasi arwah...

Dia seorng yg pintar dari kecil, berkeyakinan tinggi, fikrahnya jelas dan jernih, wawasannya jauh dan tinggi, kefahamannya mendalam, petah berpidato, suaranya lemah lembut dan menyenangkan, tazkirahnya cukup menyentuh hati, nasihat2nya penuh hikmah dan matang, daie yg penyabar, sahabat yg baik, anak yg soleh, seorg pemimpin yg berkaliber, dan byk lg...

Alhamdulillah sekalipun ana x lah sehebat arwah, namun tempias2 kebaikan darinya sempat sampai kpd ana...
Banyak benda yg dapat ana belajar daripada arwah....
he has inspired me a lot...

Aku ingin menjadi sepertinya...


AHMAD 'IMRAN BIN MOHAMED
Peringat, Kota Bharu Kelantan...

neem said...

semoga umi dan keluarga kuat. smg arwah dicucuri rahmatNYA

miz said...

sepelusuk alam merasai pemergiannya bagai kita baru bersamanya. itulah tanda syahid.
pergi tapi tetap hidup di sisi Allah. Kita merasai kehadirannya.....

ihsan incalescence said...

ama..
watch me from jannah..
n alwys guide me in ma heart...
eventhough i csn't see u..
but i still can feel u're so close..
u alwys in ma heart..
wait f0r me..
i'll meet u in firdaus paradise..
a.s.a.p

Ani said...

Salam,

Mungkin mizjana tak ingat saya. Tapi bila tengok gambar, saya cuba amati dan saya cukup kenal mizjana cuma saya lupa nama. tapi saya cukup kenal kak siti. Saya isteri Md.Ros(Suami mizjana tentu kenal) Arwah Ammar.... saya juga cukup mengingati beliau.Dia membesar di depan mata. Waktu kak siti di USM kubang Kerian.. Pergi family day bersama, selalu prgi rumah kak siti dan mmg kagum melihat Ammar dan adik beradiknya. kak siti dan abg Zul mmg pandai didik anak. Pernah terlontar dari mulut ni,"Bang kalau anak kak siti ni minta anak kita, ani bagi...," tapi seperti kata mizjana, hanya bidadari syurga layak untuknya. Beberapa hari sebelum arwah pergi, suami ada bagi tahu "Ani anak kak siti yg sulung tu belajar kat Mesir, ambik medik", Masa tu terus terkeluar ungkapan "masyaAllah, budak tu mmg dari kecik pandai, soleh," tapi tak lama lepas tu dpt berita dia sudah tiada di dunia ini. Hanya Allah yg tahu hati ini, tmbahan pula bila melihat wajah kak siti dn abg Zul yg dah lama tk jumpa kat TV3. Sejak tu saya mula menjejaki kisah2 Muhammad Ammar. walau jauh di Klang, saya mengikuti saat2 ketibaan jenazahnya hingga saat pengkebumiannya...

Kak siti dan abg Zul insan yg istimewa di sisi Allah! Wajah kalian cukup menyatakan yg kalian adalah insan terpilih. Yang pergi tetap pergi, tinggal kita yg hidup meneruskan kehidupan utk mencari bekal utk di bawa saat kita juga pasti akan pergi entah pada detik mana.....Al-Fatihah...

miz said...

crietz, mak cik tgu video terbaru ttg 'ammar dari studio crietz. studio crietz jg bakal meneruskan perjuangan 'ammar. crietz jg insya allah akan jd spt 'ammar. Ayuh ! Harumkan perjuangan ini spt anak-anak yang melihat dunia melalui jendela akhirat!!!!!....

miz said...

Mmg 'ammar seorang daei! Kini pun dia ttp daei. Lihatlah dia tlh menghubungkan kmbali kita melalui maya ini. Saya tak sedar kita sudah terpisah. Kunjungan Ani ke blog saya menemukan kita semula. Syukur...Kita selalu berbual sementara menunggu anak di Sri Aman, bekas sekolah 'ammar jg. Last sekali kita bertemu dalam majlis Dr Lutfi kan ? Mcm mana bisnes rempah? Sudah dijenamakan? Itu jihad tau! Sedap rempah beriani ani..

Rohani said...

Salam,

Alhamdulillah, masih ingat lagi kat diri ini. Tu la dah hampir 3 tahun kat sini. Tahun depan jika ada izin Allah kami akan balik semula ke kelantan, negeri tanah tumpah darah Ku. Jihad sebenarnya tidak mengenal di mana kita. Selagi bernama insan, itulah tanggungjawab yg dipertanggungjawabkan. Rempah???? Umi yg buat hari tu. Kat sini masa byk dihabiskn di rumah disamping menghantar n mengambil anak2 di sekolah Hira' Klang. Dan byk masa digunakan utk menulis buku2 inspirasi, motivasi dan sekrg sedang menulis novel. Alhamdulillah satu dah di pasaran Buku khusus utk remaja "Kepadamu Putera puteriku". Dan yg kedua dlm proses begitu juga dgn yg ketiga. Semuanya adalah demi utk dakwah dengan berbekalkan sedikit ilmu yg dikurniakan Allah...

Semoga kita dpt berjumpa suatu hari nanti...insyaAllah. terima kasih.

Ani

Anonymous said...

ada lagikah insan sepertinya..
di akhir zaman ini, tiada lain yg ku harapkan selain dapat membina keluarga alquran, bayt muslim yg diimpi..isteri sayap kiri kpd suami..
-jordan-

miz said...

untuk penerusan dakwah , Allah pasti anugerahkan kepada hamba-hamba yang berjiwa ikhlas. Anti bakal mjdi ibu bersama harapan dan impian...buatlah persiapan untuk melahirkan insan seperti ammar. kunjungilah ummu ammar.....

einsyie♥♥انشراح said...

mashaAllah..
terbungkam kalbu membacanya..
;(

miz said...

ada orang yang tak percaya wujudnya anak muda spt
'ammar...ye lah...tak lalui tarbiyah rasulullah , tak dapat ras nikmatnya. Quran bukan sekadar mengakuinya dalam rukun iman yang enam tetapi dengan menggali isi perutnya.....tidak mustahil mujahid seperti 'ammar akan bertebaran serata pelusuk dunia.