
Kita seakan tak tahu untuk kembali. Kembali pada fitrah kita al quran malah sewenangnya memperjuangkan sistem yang dipopularkan tanpa mengenal peribadi pengasas.
Montessori
tidak berkhawin tetapi dapat anak daripada hubungan sulitnya. Terpulang pada
pembaca untuk membuat penilian moralnya.
Tentang penggunaan peralatan dalam
kaedah pengajaran yang digunakan oleh Montessori sebenarnya bukan satu yang
baru. Ibn Khaldun (1332-1406)terlebih dahulu menyatakan idea pentingaya
menggunakan peralatan.
Berabad kemudian Rousseu (1712-1778) turut
mengatakan pentingnya penggunaan peralatan. Kedua-dua tokoh ini tidak
merealisasikan peralatan yang patut digunakan oleh kanak-kanak. Froebel
(1783-1852) mencipta alatan untuk pembelajaran kanak-kanak. Montessori
(1870-1952) mengubahsuai alat yang dicipta Froebel untuk digunakan kanak-kanak
yang kurang bernasib baik.
Isunya Ibn Khaldun tidak diangkat ideanya kerana...dan tokoh yang lain mereka adalah seagama. Montessori kerana ada pertubuhan dan pengikut untuk meneruskan tradisi berbanding dengan Froebel. Program lain seperti Waldorf,Head Start,High Scope, Bank Street dan Regio Emilia tiada pertubuhan dan kurang mendapat perhatian.
Sapanajang
pengajian saya di luar negara dan buku yang saya baca Mentossori tidak pernah
memeluk agama Islam. Mengapa memandai mandai meletakkan nama Islamic
Montessori? Mengapa perlu diubah hanya untuk mempengaruhi umat Islam sanggup
menggadai dengan meletakkan Islamic Montessori? Biarkan nama itu kekal seperti
asal sebagai sejarah program pendidikan awal kanak-kanak seperti yang lainnya.
Mengapa Head Start, High Scope, Waldorf, Regio Emilia tidak diletakkan nama
Islamic didepannya? Inilah yang mengecewakan saya kerana tidak faham
sewenang-wenangnya menggunakan nama Islam.
Ini adalah perbualan saya dengan salah seorang yang memperjuangkan pendidikan awal di Malaysia.
Kini , kita,,,mempopularkan siapa? Kita lebih kenal siapa? Anak kita diperkenalkan dengan nama imam Al ghazali? Ibnu Khaldun?.....
1 comment:
As stated by Stanford Medical, It's indeed the SINGLE reason women in this country get to live 10 years more and weigh on average 19 kilos lighter than we do.
(And actually, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING around "how" they eat.)
BTW, What I said is "HOW", and not "what"...
CLICK on this link to uncover if this easy test can help you release your real weight loss possibility
Post a Comment