Followers

Sunday, 5 August 2012

Nuzul Quran






 Assallammualaikum, Selamat Menyambut Dan Menghayati Maksud Nuzul Al-Quran


Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah
Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perka...
ra meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38 )

Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku. Di antaranya peristiwa yang maha agung dalam sejarah umat Islam, umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu tidak lain peristiwa turunnya kitab suci atau dikatakan sebagai Nuzul Al-Quran. Dan peristiwa itu dirakamkan di dalam Al-Quran sebagai memperingati kita semua sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud,

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan- keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan di antara yang benar dan yang salah”

Justeru, memang sewajarnya memperingati peristiwa ini dengan rasa penuh syukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana telah memilih kita di kalangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diturunkan kitab suci Al-Quran.

Selamat beramal & menghayati erti Nuzul Quran...

- shbt - 17 Ramadhan 1433H
sumber: www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar
ellylailiawaludin.blogspot.com

Tuesday, 17 July 2012

Pengalaman bersama Aminah

Bersama Aminah di Masjidil Haram Solah Jumaat
Salam  ukhuwah fillah semua.
Biarpun lambaian dan tawaf wida' telah berlalu lebih dua bulan namun hati tetap rindu.

Berumrah & ziarah  ke Madinah dan Makkah buat kali ke duanya selepas haji 2008 dulu membuatkan hati betambah rapat dengan bumi perjuangan rasul Muhammad  s.a.w.

Doa minum air zam-zam itu dimakbulkan Allah. Allah membukakan ilmu yang bermanfaat untukku. Allah melapang luaskan rezekiku dan Allah menjadikan air zam-zam itu penawar bagi segala penyakitku...syukur ya Allah. Allah melorongkan aku jalan kebaikan dan ya Allah tetapkan inayahMu.

Menjejak kaki di bumi Madinah dan Makkah buat kali ke duanya banyak menemukan dan mempengalamankanku kepada pelbagai  peristiwa.  Antaranya bertemu dengan seorang wanita penganut syiah  yang bernama Aminah. Berusia sekitar 50an. Mempunyai anak-anak yang bernama "Ali , Fatimah dan Fadhilah.

Agak panjang juga masa pertemuan dan perbualan dengannya. Eemmm...boleh dikatakan satu pengalaman baru. Ye , pengalaman selepas tahu sedikit sebanyak pengetahuan tentangnya. Aminah menyapaku ketika sedang tadarus Quran menunggu solah Jumaat tengahari itu. Dia bertanyakan tentang ibu kawannya yang telah hilang dua hari. Mmmm...memanglah aku tak tahu.

Kami saling berkenalan dan besalaman. " From Iran? " Aku teruskan perbualan kami. " Yes! "katanya. " Are you syiah?"  Tanyaku direct to the point..." Yes , I am Syiah and I'm muslim . If  I'm not muslim how can i came here , Makkah " My shahadah : " Ashadu allah ilaha illallah  Muhammadar rasulullah . Same as your's shahadah.  Ahlul sunnah and syiah live peaceful in Iran . kata Aminah... " mmmm dalam hatiku berkata ,,,mulalah engko nak menipu. Katanya lagi , tentu kamu banyak mendengar tentang Syiah di Iran terhadap  sunni? Aku tersenyum je...tahu dia akan kempen  Syiah dia. Aminah  seorang yang terpelajar dalam pengkajian  ilmu syiah ( Konon Islam dia ).

Dia  bagaikan mendebatkan kefahamannya padaku dan  mahu aku mengiakannya. Dia menyatakan perbezaan imam yang empat. Katanya aku bermazhab Syafie. Dia bermazhab Hambali. Cara letak tangan masa Qiam solah berbeza. katanya , tak aku sekejap nak letak tangan di dada dan sekejap menjatuhkan tangan sepertinya. Syiah memang suka membahaskan benda-benda feqah dan last-last kita dipeningkannya..aku teringat kata-kata ustaz Tarmizi yang mengajar harfiah.

Dia meneruskan  dakyahnya  untuk  membenarkan  hujah dia ..Saidina 'Ali itu gurunya dan Muhammad itu nabinya. Tanyaku , bagaimana pula dengan sahabat Abu Bakr , Umar dan Usman..." ooo..tidak katanya dan dia menafi sekeras-kerasnya. " Dia hanya rujuk satu sahaja 'Ali tidak lain-lain sahabat. Ehm! Pada hal last-last 'Ali pun tidak...aku jeh dalam hati!!

 Aku kata padanya , bukankah rasulullah itu pernah berkata...kamu ikutlah mana-mana sahabatku kerana mereka ibarat bintang yang bertaburan... Aminah  mengandaikan padaku " kalau kamu sakit , adakah kamu akan pergi kepada semua doktor untuk mendapatkan rawatan? Tentu kamu akan pergi pada satu doktor sahajakan? " AAhhh....dia dah mula masuk jarummm....

Dia begitu bermurah  waktu dan ilmu  untuk  menerangkan  tentang " Ahlul Bait".  Siap  buka Quran surah Al Ahzab lagi. Ahlul Bait baginya adalah rasulullah , ali , fatimah , hassan dan hussin. Aku menyampuk " macam mana dengan aisyah? "  "OOO...no!!!! " katanya macam  marah  dan tak menyenanginya.

Dia pun  pinta  Quran dari anakku dan menyelak-nyelak  helaian  ke  surah Al Ahzab dan  membacakan  ayat  yang  ke 33 yang  ada  perkataan        أ هل   البيت       lantas mentafsirkannya mengikut tafsiran  pada  fahaman dia yang  rosak. Memang itulah cara syiah mentafsirkan Al Quran , menambah ayat-ayat Quran dan mengada-adakan hadis mungkar. Aku  memang menyedarinya inilah cara dakyah syiah.

Tak berapa lama lepas  " ceramah dakyahnya yang batil " , azan pun  berkumandang. Kami pun bangun dan berada dalam saf  untuk bersiap sedia mendirikan solah Jumaat. Lepas  solah  masing-masing pun beredar sambil mengucapkan " Nice to met you ". Dia juga meninggalkan  tanda ingatannya pada kami , pen dan buku tentang selawat2 entah pape...aku pun dah lupa letak mana buku tu!!

 Pelekkan , mengadap kiblat yang satu tapi aqidahnya terpesong !!! Dalam hati bertanya : " Macam mana Arab Saudi  boleh membenarkan syiah masuk Makkah??? "

Allahu'alam!!!

 

Monday, 9 January 2012

Jom ke http://ziqreena.blogspot.com



Saturday, 11 June 2011

Haaziq Ziqree ( Cerdik Zikir )

Allah Al Hafiz yang telah memelihara hajat Baitul Muslim kami........

" Mulakan di mana kesedaran tiba , tiada erti terlewat dalam usaha mendidik mahupun dididik "

Inilah kata-kata yang sentiasa menjadi motivasi dan inspirasiku dalam segala usaha menuju 'ubudiyah yang hakiki.

Hampir empat bulan berlalu dalam penganugerahan Allah cucu pertama kami, Haaziq Ziqree bin Azman.
Banyak sudah 'perkembangan' yang Haaziq lalui sebagai insan baru dalam keluarga kami.

Proses perkembangan dan pertumbuhan pada ketika ini teramat pantas. Sepantas pejam dan celik mata. Kurasa bagaikan baru saja memahami proses pendidikan yang dilalui. Bagaikan baru sahaja sedar bahawa ' fitrah ' itu amat bermakna.

Rasanya bagaikan dikurniakan anak sulong kepada ibu yang sedar dengan pengetahuan dan pengalaman. Tiap detik aku menghayati dan menanti perkembangan dan pertumbuhannya dengan penuh makna. Aku tidak mahu masa Haaziq berlalu tanpa ransangan dan bimbingan untuk ibu Haaziq ( Juwairiyyah ) lantaran tidak mahu kesilapan kami terulang.

Biarpun kami memulakan alam berumahtangga dengan notah permulaan sifar , namun kami gigih membina sekalipun banyak cacat celanya....kami terus berpaut pada tali Allah semata-mata kerana ingin menjadi insan-insan yang merindui syurga.

Berkali kami jatuh , berkali juga kami bangun namun tiada erti jemu dan putus asa. Adakalanya kami jua letih lesu hilang maya namun berpatah semula tidak sekali. Kami pernah tersungkur dan luka. Kami pernah lemas terhanyut . Kami juga pernah gagal tapi kebal dari kecewa. Anak-anak jua turut menyaksikan gelombang , ribut , rintik renyai juga bintang bulan bahtera kami sekeluarga.

Kami tetap bangga walaupun dapat menikmati sedikit kejayaan dari usaha kami yang sekelumit dan dhoif ...kami tetap bersyukur dan qanaah. Kami yakin pada af'al Allah. Kami berusaha hingga nyawa di keronkong dan kami hamparkan usaha namun Allah penentu segalanya dan Allah tetap 'adil buat kami.

Hingga kini proses mendidik dan dididik masih tiada penghujungnya. Kami tetap akan terus melalui liku-liku yang Allah amat berkuasa dan berkehendak untuk kami lalui. Mudah-mudahan dengan hadirnya Haaziq Ziqree , Allah menganugerahkan kami nafas baru yang cerdik merintis liku-liku dalam ertikata mengingatiNya.

Ya Allah jadikan zuriat keturunan kami hamba-hambaMu yang mendirikan solah dan menunaikan zakat.

Allahu 'alam dan segala 'ubudiyah hanya sanya untukNya.

Friday, 21 January 2011

Mari Berdakwah Dengan Bijaksana....

Kalau tuhan tu Maha Baik..kenapa bagi orang masuk neraka??
selatanonline
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Oleh Arifudin

__,_._,___