Artikel tentang kacang soya ini telah saya terima dari sebuah emel dua tahun yang lalu. Namun baru kini sempat menyimpannya dalam bentuk blog.
Terkejut juga sebab selama ini kita diwar-warkan supaya makan soya. Lecitin soya dan kecerdikan hatta bila mengandung disarankan sangatlah supaya mendapat anak yang cantik gebusss kulitnya . Marilah kita telusuri emel ini .
Sejak itu membaca emel ini , saya kurang mengambil soya selain dalam bentuk tempe sahaja..
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis
dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan
tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh
Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan
soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi
sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang
berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari
pembacaan saya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer)
di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam
kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia
yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika
diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development
(mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama
isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari
tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan
mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan
senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone,
yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti
kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna,
mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses
penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat
enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric,
kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan
kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu
juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah
lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral
tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan
menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya,
mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4)
dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat
kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara
produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus
H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak
yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu
tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang
disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di
Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu
tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone
yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan
proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak
seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap,
seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang
sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan
soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut
menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa
penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh
menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis
makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Wallahu a’lam
______________