Followers

Monday 7 January 2013

Idea Ulama' Islam Tapi Maria Montessori yang dapat nama???





Kita sering suka  menerpa apa sahaja tanpa menghirau dan membuat penelitian sendiri.  Semua yang nampak  hebat...logo , pasarana , konsep pendidikannya ...

Kita seakan tak tahu untuk kembali. Kembali pada fitrah kita al quran malah sewenangnya memperjuangkan sistem yang dipopularkan tanpa mengenal peribadi pengasas. 

 Montessori tidak berkhawin tetapi dapat anak daripada hubungan sulitnya. Terpulang pada pembaca untuk membuat penilian moralnya. 

Tentang penggunaan peralatan dalam kaedah pengajaran yang digunakan oleh Montessori sebenarnya bukan satu yang baru. Ibn Khaldun (1332-1406)terlebih dahulu menyatakan idea pentingaya menggunakan peralatan.

 Berabad kemudian Rousseu (1712-1778) turut mengatakan pentingnya penggunaan peralatan. Kedua-dua tokoh ini tidak merealisasikan peralatan yang patut digunakan oleh kanak-kanak. Froebel (1783-1852) mencipta alatan untuk pembelajaran kanak-kanak. Montessori (1870-1952) mengubahsuai alat yang dicipta Froebel untuk digunakan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Isunya Ibn Khaldun tidak diangkat ideanya kerana...dan tokoh yang lain mereka adalah seagama. Montessori kerana ada pertubuhan dan pengikut untuk meneruskan tradisi berbanding dengan Froebel. Program lain seperti Waldorf,Head Start,High Scope, Bank Street dan Regio Emilia tiada pertubuhan dan kurang mendapat perhatian.

Sapanajang pengajian saya di luar negara dan buku yang saya baca Mentossori tidak pernah memeluk agama Islam. Mengapa memandai mandai meletakkan nama Islamic Montessori? Mengapa perlu diubah hanya untuk mempengaruhi umat Islam sanggup menggadai dengan meletakkan Islamic Montessori? Biarkan nama itu kekal seperti asal sebagai sejarah program pendidikan awal kanak-kanak seperti yang lainnya. Mengapa Head Start, High Scope, Waldorf, Regio Emilia tidak diletakkan nama Islamic didepannya? Inilah yang mengecewakan saya kerana tidak faham sewenang-wenangnya menggunakan nama Islam.

Ini adalah perbualan saya dengan salah seorang yang memperjuangkan pendidikan awal di Malaysia.
Kini , kita,,,mempopularkan siapa? Kita lebih kenal siapa? Anak kita diperkenalkan dengan nama imam Al ghazali? Ibnu Khaldun?.....

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Anda


Sebuah artikel Professor Madya Dr M Swamenathan , Ahli Psikologi
,
Kanak-kanak yang ada harga diri adalah optimistik, bijak hadapi tekanan,
mampu mencari penyelesaian dan biasanya bangga dengan diri mereka.

Harga diri ialah kepercayaan pada diri sendiri yang kanak-kanak ada terhadap diri mereka. Cara mereka menilai diri akan mempengaruhi motivasi, sikap dan tingkah laku mereka dalam setiap situasi dan terhadap setiap orang yang mereka berinteraksi.

Harga diri ialah aspek penting membayangkan cara mereka menghadapi cabaran kehidupan. Kanak-kanak yang ada harga diri yang tinggi biasanya cemerlang di sekolah dan bersedia mencuba perkara baru. Kebiasaannya, mereka lebih gembira dan sihat berbanding kanak-kanak yang rendah harga diri.
   
 Disebabkan harga diri bermula dari kecil, ia penting untuk anda memainkan peranan aktif dalam membantu anak anda meningkatkan harga diri. Inilah beberapa langkah mudah sebagai permulaan.

1. Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.

2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.

3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.


4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.

5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.

6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.

7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.

8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.

9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.

10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.