Followers

Sunday 9 December 2012

Penyakit , pesakit dan penyembuh

   

Sentiasa memikirkan peringatan dari rasulullah saw : " Setiap penyakit pasti ada penyembuhnya bila kamu bertemu penyembuhnya kecuali sakit tua dan mati..."

Akan tetapi mengapakah pengubatan yang berteraskan dadah tidak pernah memberi penyembuhan...
 malah mengujudkan pelbagai komplikasi kepada penyakit lain pula?

Biarpun saya bukanlah orang medic tetapi bidang ini tetap menjadi bahan fikir saya. Saya amat tersentuh dan sedih melihat pesakit dari diabetes , bertambah ke darah tinggi , darah pekat , jantung , kegagalan buah pinggang , rosak pankreas..kena hemo dan akhir sekali mati..AGENDA APAKAH INI?

Doktor -doktor pula merawat dari satu komplikasi ke satu komplikasi tanpa memberi penyembuhan pada punca penyakit dan pesakit bebas dari derita yang ditanggong. Mengapa ini patern pengubatan di hospital?
Dari segar bugar badan dah jadi macam disirami  racun dan wajah tua dari usia? Makin hari makin tak sihat? Daripada boleh berjalan datang ke hospital dan kini berkerusi roda? Daripada berkaki dua kini tinggal satu je kaki sebab dengar cakap doktor ,, kaki kamu kena potong sebab kencing manis...ye cakap doktor adalah segala-galanya biar pun tak berkaki.

Daripada sejenis ubat diambil dari farmasi hospital , bulan ke tahun ubat bertambah jadi berbeg-beg dan kini stroke tak bangun dah,,,,," pak cik tak pernah tinggal makan ubat hospital sambil menghulurkan ubatnya"... saya menyelak-nyelak botol2 ubat dalamnya ,,,macam-macam ubat ada dalam supit tu,, darah tinggi , ubat susah tidur , ubat sembelit , ubat tahan sakit..


Doktor kata : kalau nak berubat ke lain boleh tapi ubat hospital jangan tinggal..betulkah begitu adatnya?  Pernah juga seorang doktor mengherdik pesakitnya yang juga merupakan  sahabat saya kerana tak mahu makan ubat kansernya? Mengapa kalau tak ambil vaksin dikatakan kolot? Puas bergaduh dengan doktor di hospital bila minta dikecualikan vaksin untuk cucu saya. Adakah benar , kena bergaduh untuk dikecualikan bahan beracun dan fasad dimasukkan ke dalam tubuh zuriat kami? Kena  mendepani para doktor  yang juga kolot dengan pemikirannya  sedangkan ilmu pengubatan begitu luas?


 Kenapa Al Quran dikatakan pengubatan alternatif sedang Al Quran itulah pengubatan utama baik penyakit fizikal , mental dan rohani sedangkan Al Quran itulah manual manusia sejagat. Ilmu Al Quran tidak meninggalkan pengamalnya dengan bebrapa  peratus gagal dan beberapa peratus berjaya sedang pengubatan dadah menjanjikan itu...vaksin ni nanti beberapa peratus yang gagal. Kuman yang dah dimatikanlah,,,yang dah dilemahkanlah.


Baby dilahirkan adalah untuk disegar dan diransang dengan segala kebaikan dan tumbuh sihat. Mulakan hidup baby dengan kebaikan  seperti  azankan ketika dilahirkan ,memberi susu ibu yang Allah janjikan sebagai  imunisasi yang paling baik. Rasulullah menyuapkan air zam-zam dan kurma kepada baby yang baru dilahirkan yang bawakan kepadanya. Diaqiqahkan , dicukurkan rambutnya. Allah telah  mencipta kita sebaik-baik kejadian dengan perlindungan yang lengkap dariNya. Apakah kita terlebih bijak dari Allah hingga membuat syarat  setiap baby mesti divaksinkan dengan alasan  sebagai  pencegah?  Apakah kuman dan racun itu pencegah?

Kenapa kita disyarakatkan vaksin tanpa diberikan maklumat apa kandungan vaksin? Mengapa kita dididik begitu? Tak pernah kita persoalkan kepada doktor...kita terus dikepompongkan minda dari mendapat ilmu yang sahih.

 Apakata  peratus yang gagal itu terkena pada zuriat kita? Kuman yang aktif dimasukkan? Anak sakit , demam , paru-paru berair..ye peratus kuman yang aktif itulah yang menular ke dalam paru-paru baby harapan dan kesayang saya enam belas  tahun dahulu " Kuman TB ". Bertungkus-lumus dan berhempas pulas penuh sebak sedih hampa cemas semua dirasai masa itu. Masa itu kami hanya tahu dan kenal hospital. Mengulang-ngulang hospital  bagaikan kampung halaman. Dengar dan  ikut segala cakap doktor yang dianggapkan nasihat  berharga  yang  mesti diikuti..

Berpandukan  peringatan dan pesanan rasulullah saw " tiap penyakit ada penyembuhnya " Akhirnya kami tinggalkan  hospital dan pengubatannya mencari pengubatan lain sehinggalah baby yang dilahirkan pada tanggal 13hb Januari 1996 itu sembuh tiga tahun selepas itu.
Dengan  ujian Allah  inilah , kaedah pengubatan tersebut juga lain-lain  kaedah pengubatan  kami mengambil tahu dan  peduli. Kami  tidak menafikan  kehebatan tiap kaedah yang diterokai dari ilmu Allah yang sinonim dengan fitrah kejadian manusia. Satu nikmat  dan rahmat dari Allah. Tumbuh-tumbuhan adalah penawar untuk manusia itu sendiri.

Kenapa kita  dihantui  dengan kenyataan , Kalau hospital gagal menyembuhkan maka tamatlah ikhtiar , begitu ke? Bila sakit kena pergi hospital , tempat lain tak ada ubat ...muktamad ke begitu?

Masya Allah , subhanallah ....

Ilmu Allah teramatlah luas. Kita diberi ruang mencari ikhtiar.
Semasa menghadiri Kongres Pengubatan Islam Nusantara di akadermik pengajian islam di universiti malaya baru2 ini , saya amat tertarik dengan seorang doktor yang merupakan pengasas kepada rawatan HERBA AN NAABAT Dr. Nurmawati.
Beliau kini adalah pensyarah di cyberjaya

Dr. Nurmawati adalah pemegang
Bsc ( Gadja Mada Univ )
Farmasi Apt ( Gadja Mada Univ ) Apoteker
MSc ( UKM ) , PH,D ( UPM ) Biologi Molekuler

Kini , kami menghalakan ikhtiar ke dunia herba " kembali ke alam semulajadi " seperti telah berkata rasulullah : " Berubatlah kamu dengan Al Quran dan Madu ( Isyarat ubat-ubatan dari sumber alam / herba )
Tulisan ini tiada erti pada kata saintifik  tambahan pula  saya  tidak  suka berhujah  dengan  orang-orang sains yang amat berpegang  pada konsep pembuktian   maujud  lagi pun  saya bukan orang medic  tapi saya  berusaha mengali pernyembuh yang dijanjikan rasullullah dan pencipta kita.

Allahu'alam.