Followers

Saturday 11 June 2011

Haaziq Ziqree ( Cerdik Zikir )

Allah Al Hafiz yang telah memelihara hajat Baitul Muslim kami........

" Mulakan di mana kesedaran tiba , tiada erti terlewat dalam usaha mendidik mahupun dididik "

Inilah kata-kata yang sentiasa menjadi motivasi dan inspirasiku dalam segala usaha menuju 'ubudiyah yang hakiki.

Hampir empat bulan berlalu dalam penganugerahan Allah cucu pertama kami, Haaziq Ziqree bin Azman.
Banyak sudah 'perkembangan' yang Haaziq lalui sebagai insan baru dalam keluarga kami.

Proses perkembangan dan pertumbuhan pada ketika ini teramat pantas. Sepantas pejam dan celik mata. Kurasa bagaikan baru saja memahami proses pendidikan yang dilalui. Bagaikan baru sahaja sedar bahawa ' fitrah ' itu amat bermakna.

Rasanya bagaikan dikurniakan anak sulong kepada ibu yang sedar dengan pengetahuan dan pengalaman. Tiap detik aku menghayati dan menanti perkembangan dan pertumbuhannya dengan penuh makna. Aku tidak mahu masa Haaziq berlalu tanpa ransangan dan bimbingan untuk ibu Haaziq ( Juwairiyyah ) lantaran tidak mahu kesilapan kami terulang.

Biarpun kami memulakan alam berumahtangga dengan notah permulaan sifar , namun kami gigih membina sekalipun banyak cacat celanya....kami terus berpaut pada tali Allah semata-mata kerana ingin menjadi insan-insan yang merindui syurga.

Berkali kami jatuh , berkali juga kami bangun namun tiada erti jemu dan putus asa. Adakalanya kami jua letih lesu hilang maya namun berpatah semula tidak sekali. Kami pernah tersungkur dan luka. Kami pernah lemas terhanyut . Kami juga pernah gagal tapi kebal dari kecewa. Anak-anak jua turut menyaksikan gelombang , ribut , rintik renyai juga bintang bulan bahtera kami sekeluarga.

Kami tetap bangga walaupun dapat menikmati sedikit kejayaan dari usaha kami yang sekelumit dan dhoif ...kami tetap bersyukur dan qanaah. Kami yakin pada af'al Allah. Kami berusaha hingga nyawa di keronkong dan kami hamparkan usaha namun Allah penentu segalanya dan Allah tetap 'adil buat kami.

Hingga kini proses mendidik dan dididik masih tiada penghujungnya. Kami tetap akan terus melalui liku-liku yang Allah amat berkuasa dan berkehendak untuk kami lalui. Mudah-mudahan dengan hadirnya Haaziq Ziqree , Allah menganugerahkan kami nafas baru yang cerdik merintis liku-liku dalam ertikata mengingatiNya.

Ya Allah jadikan zuriat keturunan kami hamba-hambaMu yang mendirikan solah dan menunaikan zakat.

Allahu 'alam dan segala 'ubudiyah hanya sanya untukNya.