Followers

Tuesday, 14 September 2010

Yang pergi belum tentu kembali lagi....



Allahu akbarullahuakbar , allahu akbar walilla ilhamd.

Tak putus-putus takbir dikumandangkan sedari terbenamnya fajar Ramadhan pada malam jumaat yang lalu yang mempertandakan perginya Ramadhan dari rangkulan kita kini Syawal menjelma pula. Berduyun insan Solah sunat 'idul fitri sebagai pengisytiharan kemenangan puasanya , tanda berjayanya berjuangan dalam medan perjuangan Ramadhan.

Aku masih terkenang-kenang Ramadhan , masih mahu ujudkan suasana ramadhan di ruang kediaman kami. Enam hari berpuasa Syawal dapat jua mengubat rindu Ramadhan. Ye , Syawal yang masih muda ini , kemanisan Ramadhan masih terasa. Tak kuarng jua yang mengatakan 'mood' raya masih tebal.

Tertanya-tanya apakah kemenangan telah kucapai? Mendengarkan kesayupan takbir rakyat malaysia,,,kutoleh ramai jemaah yang wajahnya muram durja. Sebak tertunduk kepala. Entah apalah agaknya yang bermain dalam gudang memori mereka. Sedih ape ye di pagi pengisytiran kemenangan peperangan sepanjang Ramadhan?

Takbir rakyat Malaysia tak sama melodinya dengan orang arab? Takbir orang Malaysia
penuh kesayuan dan melesukan,,..terbayang akan ..sedihnya tak dapat balik kampung, sedihnya ayah bonda yang dah tiada , sedihnya nak ziarah kubur dan nak bawa air , daun pandan , bunga untuk ditabur atas pusara , sedih tak dapat jumpa orang itu , orang ini... macam-macam sedih.

Takbir orang arab , penuh semangat. Semangat menang dalam peperangan Ramadhan. Takbir yang mengisi jiwa agar kental dan segar terus memegang ' malakah ' yang ma'aruf hasil didikan Ramadhan agar dijadikan pakaian hidup. Takbir yang benar-benar mengisytiharkan
kemenangan.

Aku juga terkenangkan ummu 'Ammar dengan coretan Ramadhannya di " Kalam Puncak ".
Sungguh mendidik. Ah! Kulihat betapa Allah telah mengangkat kemuliaan ummu mujahid ini.
Biarpun calitan duka masih ada di wajahnya namun jiwanya amat gigih menabur benih-benih iman pada pengunjung "Kalam Puncak ". Aku juga tidak terkecuali menadah benih-benih ini.

Biar pun sehebat mana kita telah menjawab 'exam paper' Ramadhan , marilah sama-sama kita berdoa agar jawapan yang akur itu terus menjadi panduan membidas nafsu jahat dan kita kembali pada fitrah insan.

Kami mengucapkan " Salam ' idul fitri ' dan Taqabbalnallahu min na wa min kum.

Allahu'alam wa billahi taufiq wal hidayah.


0 comments: